Kelas ICT – Microsoft Words

3 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

02 Februari 2024, Jumaat – Telah berlangsung satu kelas ICT di PEDi Paya Jakas mengenai cara membuat kerja sekolah menggunakan Microsoft Words yang diajar oleh penolong pengurus PEDi Paya Jakas bersama salah seorang pelajar iaitu komuniti Kampung Paya Jakas.

Pelajar tersebut hendak membuat kerja sekolah menggunakan Microsoft Words yang turut dibantu oleh staf PEDi untuk memudahkan beliau dalam penghasilan kerja sekolah tersebut. Seterusnya beliau menanyakan bagaimana cara untuk mengalihkan dokumen dari komputer ke dalam telefon dengan menggunakan laman sesawang WhatsApp Web.

Kelas berlangsung selama 2 jam bermula jam 2 petang sehingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali